Tuesday, December 7, 2010

Ingatlah..

Di saat kamu mula bosan dengannya, ingatlah saat-saat terindah ketika bersamanya..
Di saat kamu mula tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta dengannya..
Di saat kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia..
Di saat kamu ingin membohonginya, ingatlah disaat dia jujur padamu..
Di saat kamu ingin melepaskannya pergi, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya.

Janganlah sampai disaat dia sudah tidak berada disisimu, barulah kamu menyedari bahawa dia sangat bererti buat dirimu.. Ingatlah bahawa :-
Yang indah hanyalah sementara..
Yang abadi hanyalah kenangan..
Tidak mudah mencari yang hilang..
Tidak mudah mengejar impian..
Apa yang susah adalah mempertahankan yang sedia ada kerana sekuat mana kita menggenggam pasti dapat terlepas akhirnya..

*Life Is Only Traveled Once. Today's moment Becomes Tomorrow Memory. So Enjoy Every Moment Good Or Bad Because The Gift Life Is Life Itself...*