Sunday, June 19, 2016

Happy Father's Day


Happy Father's Day, daddy!!! We love you and miss you tremendously.. 

You are the greatest father for us


*Life is only traveled once. Today's moment become tomorrow's memory. So, enjoy every moment, good or bad because the gift life is life itself*

Saturday, June 18, 2016

Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41/DC41

Hello everyone... Long time I didn't write on this blog. So, whatssssup!! 
 
Tiba-tiba je tergerak hati nak share pengalaman temuduga haritu. Mesti korang tengah google tentang Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41/DC41 takpun Mara Assessment Centre kan? Dan terjumpalah blog saya ni.. Saya tau sebab saya pun terus menggoogle macam korang juga. He He He.. 

****************************************************

Di satu pagi yang indah, masa tu saya tengah menikmati breakfast, tetiba dapat dua messages. Tapi tak pula saya terus buka messages tu. Saya biarkan je dulu. Lepas siap breakfast, baru saya buka. Eh, dapat message dari 15888. Messages tu berbunyi seperti di bawah :

Message pertama yang sampai
(11/06/2016 , 10:12am)
RM0.00 MARA : Tahniah! Anda terpilih ke MARA Assessment Centre untuk Jawatan PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN Gred DG41/DC41.

Message kedua
(11/06/2016 , 10:14am)
RM0.00 MARA : Info lanjut, sila semak di : http:''online05.mara.gov.my/semakantemuduga atau hubungi 0326134425/34742/34431/34434.

Memula baca tu, eh yeke ni? Sebab happy dapat messages tu, saya terus tekan link yang dia bagi. Then, masukkan no ic. At that time, punya la sedih sebab dia cakap "Maaf, rekod anda tidak dijumpai". Aik, message tipu ke tu? Apsal nak hantar message Tahniah bagai kalau saya tak dapat temuduga tu. Banyak kali saya tekan link tu. Banyak kali juga la saya masukkan no ic. Dan banyak kali juga la dia cakap maaf rekod tidak dijumpai. Rasa sedih pun ade masa tu. Ye la, dapat message cakap Tahniah sebab terpilih tapi bila check tak dapat pula. Bagi harapan palsu gitu. Puas dah check, saya pun give up. 

Pukul 12pm, saya check balik. Mama suruh check, mana la tau kan masa check tadi pagi system tak update lagi. YESS!!! Mama betul. System tadi pagi belum diupdate rupanya. Sekali lagi perasaan happy muncul. He he he.. Saya memang terpilih untuk jawatan PPPS DG41/DC41 Mara. Saya kena pergi MAC tu pada 31/05/2016 di MRSM Kuching. Sehari sebelum Gawai. 

Thanx God. Pengalaman ditemuduga tu berjalan dengan baik dan lancar. Puas hati sebab dah buat yang terbaik walaupun menggeletar dan jantung berdegup kencang. Nak cakap interview yang tough tak juga tapi syukurla semua nya dah selesai. Cuma tunggu Psikometrik Test je lagi ni. 

TEMUDUGA GURU MARA

Tarikh : 31 Mei 2016
Tempat : MRSM Kuching, Sarawak
Masa : 7 pagi
Subjek : Sains-Fizik

PERSIAPAN
Jauhnya la tempat temuduga. Walaupun jauh, tetap bersyukur sebab terpilih untuk temuduga. Ini beberapa tips untuk persiapan awal :

- baca teliti dan fahami prosedur interview
- buat senarai dokumen apa yang perlu untuk difotostat, pengesahan
- print out borang-borang yang diperlukan. Kalau boleh print extra ye
- isi borang dan jangan lupa lekat gambar passport kat setiap borang tu
- pastikan segala dokumen yang diperlukan telah disediakan
- datang awal ke tempat interview 

INTERVIEW
Prosedur interview ni sentiasa berubah setiap tahun. Macam tahun-tahun lepas ada penulisan esei. Tapi tahun ni takde pula.Tahun ni calon mestilah menjalani 4 peringkat iaitu :-

i. Bleep Test
ii. Psikometrik Test
iii. Interview berkumpuan
iv. Micro-teaching


1.Bleep Test

Untuk stage ni, kami perlu lari ulang alik. Stage ni agak mencabar juga la untuk saya yang jarang bersenam ni. Walaupun agak susah dan penat, saya berjaya juga mendapat level 4. Hu hu hu.. Kalau boleh, sebelum mula bleep test tu, buatla warming up yang betul-betul. Kalau tak, memang tak dapat la nak teruskan sampai level 3 ke atas. Jangan-jangan sampai level 1 je. Haaabisss laa..

Lepas je habis bleep test, memang kitorang tergesa-gesa la tukar pakaian formal. Ready nak ke stage seterusnya.
Untuk stage ni, kami perlu berlari ulang alik (bleep test). Untuk golongan seperti aku yang sudah beranak pinak dan dah lama meninggalkan era balapan or olahraga ni, stage ni agak mencabar jugak untuk ditamatkan pada level 3 keatas. Urusetia ada bgtau, kalau boleh habiskan pada level 3 ke atas, Alhamdulillah, walaupun agak perit dan penat, aku berjaya juga mendapat level 3.1. Lepas je hbis fitness test, terasa krem keseluruhan kaki. Sbb tu pentingnya warming up yg betul dan bukan main2. Kalau boleh, sebelum dtg MAC ni, buat la senaman, larian, dan latihan di rumah. G gym pon ok jugak

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Untuk stage ni, kami perlu berlari ulang alik (bleep test). Untuk golongan seperti aku yang sudah beranak pinak dan dah lama meninggalkan era balapan or olahraga ni, stage ni agak mencabar jugak untuk ditamatkan pada level 3 keatas. Urusetia ada bgtau, kalau boleh habiskan pada level 3 ke atas, Alhamdulillah, walaupun agak perit dan penat, aku berjaya juga mendapat level 3.1. Lepas je hbis fitness test, terasa krem keseluruhan kaki. Sbb tu pentingnya warming up yg betul dan bukan main2. Kalau boleh, sebelum dtg MAC ni, buat la senaman, larian, dan latihan di rumah. G gym pon ok jugak

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ


2. Micro-teaching

Sebenarnya boleh je kalau nak pergi interview berkumpulan dulu. Tapi saya pilih untuk pergi micro-teaching. Takut nanti apa yang dipraktikkkan hilang arah tujuan. Tak pasal-pasal semua ke laut. Ha ha.. Saya orang yang kedua. Stage ni seronok sebenarnya. Kalau korang sememangnya jurusan pendidikan takpun ada pengalaman menjadi cikgu, dah tentu biasa buat kan tapi gementar tu memang tetap ada. Nak-nak dua panel tu pula guru cemerlang. 

Kita kena pilih topik yang kita rasa mudah untuk mengajar. Time ni saya mengajar topik Bernoulli's Principle. Pemilihan topik tu bebas. Pilih la sebaik saja dapat tau terpilih untuk interview guru Mara. Prepare awal. Kalau subjek sains, kita digalakkan untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris. Kalau subjek lain tu, Bahasa Melayu je pun takpe. Syukur... Panel memberi feedback kepada setiap soalan saya. Panel banyak tanya soalan. So, kena ready la dengan setiap kemungkinan soalan yang bakal ditanya masa micro-teaching tu. Kadang-kadang jawapan yang kita berikan akan menjadi soalan kepada panel. Kena betul-betul mahir ye dengan topik dipilih. 

Tapi, apa yang penting untuk sesi micro-teaching ni kita kena follow kriteria yang tertulis dalam guideline. Vocal kena mantap. Paling penting, CONFIDENT!


3. Interview Berkumpulan

Selesai je micro-teaching, saya terus pergi ke bilik interview. Datang situ nasib baik ada group kekosongan seorang. Jadi, saya pun masuk group dorang. So, takde la saya tunggu lama nak cari group. Interview ni ada 3 orang panel. Semua lelaki. Masuk berkumpulan, seramai 5 orang dalam satu kumpulan. Interview kami dijalankan fully in Malay.Soalan pertama, macam biasa, perkenalkan diri. Kemudian sedikit tentang mara dan seterusnya mengenai pendidikan. Soalan general. Depends ngan panel nak tanya ape. Dia tak spesifik kan soalan untuk Fizik sebab calon berbeza subjek. Dalam group saya hari tu, 2 calon Fizik, 1 calon Kimia dan 2 calon Matematik. So, memang takde angsung dia tanya berkaitan dengan subjek-subjek tertentu. Soalan fakta banyak. So, kena rajin baca isu-isu semasa. Takkan lari soalan isu-isu semasa. Bersediala dari segi mental dan fizikal. Agak lama juga la dalam bilik interview ni. Around 45 minutes..


4. Psikometrik Test

Yang ni kitorang tak buat lagi pun masa interview hari tu. Urusetia cakap kena alert dengan email takpun message macam mula-mula kita dapat tu. Tapi sampai sekarang belum ade apa-apa lagi. Mungkin minggu depan la kot.

Sepanjang berada dalam MAC ni, semua calon sangat peramah dan tak kedekut dengan info yang dorang ada.Terima kasih kawan-kawan yang sempat saya kenal walaupun sehari je. Ada jodoh kita jumpa lagi.

Semoga ada rezeki dengan MARA. Amin.

*Life is only travelled once. Today's moment become tommorow's memory. So, enjoy every moment, good or bad because the gift life is life itself*
Untuk stage ni, kami perlu berlari ulang alik (bleep test). Untuk golongan seperti aku yang sudah beranak pinak dan dah lama meninggalkan era balapan or olahraga ni, stage ni agak mencabar jugak untuk ditamatkan pada level 3 keatas. Urusetia ada bgtau, kalau boleh habiskan pada level 3 ke atas, Alhamdulillah, walaupun agak perit dan penat, aku berjaya juga mendapat level 3.1. Lepas je hbis fitness test, terasa krem keseluruhan kaki. Sbb tu pentingnya warming up yg betul dan bukan main2. Kalau boleh, sebelum dtg MAC ni, buat la senaman, larian, dan latihan di rumah. G gym pon ok jugak.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Wednesday, June 1, 2016

Selamat Hari Gawai!!


*Life is only travelled once. Today's moment become tommorow's memory. So, enjoy every moment, good or bad because the gift life is life itself*