Friday, September 15, 2006

kUbU eMma, kanOwit ( 1851 )

Fort Emma ataupun lebih dikenali sebagai Kubu Emma, nama sempena diberikan kepada adik perempuan Rajah james Brooke yang dibina khas untuk mempertahankan serangan daripada orang Iban dari Ulu Batang Rajang dan orang Rajang-Melanau serta penentang-penentang lain yang tinggal di sepanjang sungai tersebut. Kubu ini pada asalnya terletak di tengah bandar hingga kini dan sebahagian besar bangunan ini diperbuat daripada buluh. Setelah ia selesai dibina, kubu ini telah ditawan oleh orang-orang Dayak. Beberapa tahun kemudian, ia pun dipindahkan ke tapak yang baru. Kali ini, kubu tesebut diperbuat daripada kayu belian dan ia masih lagi serupa dengan reka bentuk dan model kubu lama. Semua peralatan seperti perkakas rumah serta tenaga kerja adalah dilakukan orang-orang Iban dan penduduk Rajang-Melanau, di mana mereka akan dibayar upah dalam bentuk barangan seperti beras, garam dan tembakau.
Tingkat bawahnya dinyatakan dibina tanpa menggunakan simen. Di sinilah, ditempatkan bekas-bekas banduan pada masa itu. Semua banduan ini telah dikawal rapi oleh askar Sikh dan Pasukan Polis Hutan Sarawak. Tingkat atas kubu ini telah dijadikan pejabat oleh Ketua Adat Istiadat ( Abang ) iaitu untuk menempatkan Pegawai Daerah dan kakitangan pejabat yang lain. Semasa pemerintahan Rajah Vyner Brooke, tingkat atas ini juga merupakan tempat tinggal Pegawai Daerah serta orang kenamaan (VIP) termasuk pemerintah Rajah ketika dalam lawatan ringkasnya ke tempat ini.

**sumber dari buku (lupa tajuk buku tersebut)

*Life Is Only Traveled Once. Today's moment Becomes Tomorrow Memory. So Enjoy Every Moment Good Or Bad Because The Gift Of Life Is Life Itself...*

3 comments:

  1. apakah kegunaan kubu emma pada masa kini?? boleh bagitahu secepatnya kah?? urgent

    ReplyDelete
  2. apakah kegunaan kubu emma pada masa kini?? boleh bagitahu secepatnya kah?? urgent

    ReplyDelete
  3. apakah kegunaan kubu emma pada masa kini?? boleh bagitahu secepatnya kah?? urgent

    ReplyDelete